Terletak di Jalan Yadi Klang, iaitu kira-kiran 10 km dari Bandar Klang, Kami berfungsi membantu sek

Foto Saya
klang, Selangor, Malaysia

Jumaat, 27 Oktober 2017

BENGKEL KHIDMAT BANTU PSS 2017

     



           Khidmat bantu PSS dilaksanakan dengan tujuan membantu GPM meningkatkan pengurusan PSS dari segi pengurusan pentadbiran, pengurusan bahandan keceriaan fizikal. Selain itu ia juga bertujuan untuk meningkatkan penggunaan PSS dikalangan murid dan guru dan seterusnya membantu meningkatkan kadar pembacaan di kalangan semua warga sekolah. 

KHIDMAT BANTU PSS SK METHODIST ACS



             Atas kesedaran itu, maka PKG Telok Gadong berinisiatif untuk melaksanakan khidmat bantu PSS di bawah zon PKG Telok Gadong. Sebanyak tiga buah sekolah telah dipilih untuk dilaksanakan bengkel ini. Sekolah-sekolah tersebut adalah SK Methodist (L) ACS, SMK Bukit Tinggi dan SK Telok Gadong. Pelaksanaan khidmat bantu PSS SK Methodist (L) ACS adalah pada 4 dan 5 Julai 2017 diikuti dengan SMK Bukit Tinggi pada 11 dan 12 Julai 2017 dan akhir sekali SK Telok Gadong pada 23 dan 24 Oktober. 




KHIDMAT BANTU PSS SMK BUKIT TINGGI , KLANG

            Khidmat bantu fizikal telah dilakukan di SK Methodist (L) ACS manakala bagi SMK Bukit Tinggi dan SkTelok Gadong telah dilaksanakan khidmat bantu dokumen dan fail. Diharap dengan pelaksanaan khidmat bantu ini, ketiga-tiga buah sekolah ini mampu meneruskan hasil daripada pelaksanaan khidmat bantu secara berterusan.


 KHIDMAT BANTU PSS SK TELOK GADONG

Rabu, 25 Oktober 2017

Bengkel Outreach SSQS daerah Klang 2017

         
          SSQS (Smart School Qualification Standards) adalah sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di 88 buah sekolah Bestari dan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara. Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. 
         Bermula penggunaan secara manual di semua sekolah bestari dan kini aplikasi telah dibina berasaskan web dan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia. Dengan mensasarkan Guru ICT sekolah, 
         PKG Telok Gadong telah melaksanakan satu bengkel SSQS (Smart School Qualification Standards) adalah sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di 88 buah sekolah Bestari dan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara. 
        Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan berkaitan SSQS ini dengan harapan semua sekolah di daerah Klang dapat menjadi pemangkin dalam pelaksanaan sekolah Bestari.

  • Waktu bagaikan pedang, jika kita tidak mengaturnya, kita akan ditindas olehnya
  • Ilmu bukan untuk ilmu, tapi ilmu untuk amal dan ibadah