PKG Daerah Klang telah menganjurkan satu mesyuarat PKG
Daerah Klang
bilangan 1/2017. Mesyuarat ini telah dilaksanakan di Pusat
Kegiatan Guru (PKG) Klang Bandar.Tujuan mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk
membincangkan pengurusan dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2017
dengan berlandaskan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang telah ditetapkan oleh
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Selangor. Mesyuarat ini telah
dihadiri oleh ketua-ketua PKG daerah Klang, Pegawai Teknologi Pendidikan dan
Pembantu Tadbir daerah Klang.